fb fb fb fb fb

10 tapak tanah dikenal pasti biaya kos KSSA

(Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari)

SABAK BERNAM, 13 Mei- Kerajaan Selangor mengenal pasti lebih 10 pilihan tapak tanah di negeri ini sebagai proses penggantian tanah bagi membiayai kos pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata lokasi tanah berkenaan antaranya di Hulu Selangor dan Pelabuhan Klang.

"Kita tidak akan ganti sekali gus namun kita akan tengok mengikut kemajuan. Kalau kemajuan sampai angka tertentu, kita serahkan tanah.

"Kita dah tawarkan (kepada pemaju) dan kita tunggU senarai akhir, kita juga akan bincang dari segi nilai supaya adil,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Pusat Smart Desa Balai Raya Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.


(Datuk Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan penduduk setempat selepas
Majlis Perasmian Pusat Smart Desa Balai Raya Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam)

Media Baharu