(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 15 Mei- India mengimport lebih 1.5 juta tan minyak sawit dari Malaysia sejak enam bulan lalu.
Hampir 1.3 juta tan daripada keseluruhan adalah minyak sawit mentah (MSM).
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India, negara itu mengimport sebanyak 175,384 tan minyak sawit dari Malaysia pada April lalu.
Manakala import keseluruhan minyak boleh dimakan di India dalam tempoh November hingga April melebihi lapan juta tan termasuk 4.9 juta tan minyak sawit.
Malaysia merupakan pembekal kedua terbesar minyak makan ke India dalam tempoh enam bulan selepas Indonesia, iaitu sumber utama bekalannya.
(FOTO HIASAN)