fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan sedia bekalkan air mentah kepada negeri berdepan masalah bekalan air

(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

SEREMBAN, 13 Mei - Kerajaan Negeri Sembilan bersedia membekalkan air mentah kepada mana-mana negeri yang berdepan masalah kekurangan bekalan air mentah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bagaimana pun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi pembelian air mentah.

Jelasnya, paras air di tujuh empangan sedia ada yang melebihi 94 peratus dan dijangka dapat bertahan sehingga tempoh empat bulan.


(Foto hiasan)

"Kalau boleh guna, kumpulkan air untuk tujuan tersebut, untuk siram pokok atau basuh lantai atau longkang, sekarang mereka guna air terus daripada pili sebab bila (tekanan) air rendah kita harap beri perhatian, dapat kurangkan sedikit penggunaan dengan berhati-hati,"

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Geran Jawatankuasa Pengurusan Kampung Orang Asli, di sini.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menasihatkan orang ramai untuk menggunakan air secara berhemah.

Media Baharu