fb fb fb fb fb

ATM utamakan pengalaman anggota dalam usaha perkasakan pembelian aset

(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan) 

SEREMBAN, 13 Mei - Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dalam memberikan atau memperkasakan aset-aset yang diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau mengutamakan pengalaman dan pandangan anggota yang mengendalikan aset tersebut dalam usaha memperkasakan pembelian aset.

Satu sesi libat urus juga akan diadakan bersama anggota terbabit.


(Foto fail)

"Kita mesti dengar apa kehendak (anggota) yang menggunakan aset tersebut, jangan 'syok' sendiri, jangan tingkat 5 buat pandai-pandai, anggota di Port Dickson, Melaka tak nak pakai, sudahnya nanti benda yang kita beli tak tepati kehendak pihak yang menggunakannya," kata beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kem 1 Briged, di sini.

Lebih 700 tetamu hadir ke majlis tersebut dan turut disantuni, 50 orang daripada kalangan anggota dan ahli keluarga yang sakit menerima sumbangan daripada Mohamad Hasan.

Media Baharu