fb fb fb fb fb

Kebakaran di LRA Bukit Pinang, 65,000 akaun terjejas

Kebakaran membabitkan kotak kawalan papan pengedaran elektrik (DB) di Loji Rawatan Air LRA Bukit Pinang

POKOK SENA, 9 Mac- Sebuah kotak kawalan papan pengedaran elektrik (DB) di Loji Rawatan Air LRA Bukit Pinang terbakar petang tadi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat  BBP Pokok Sena Pegawai Bomba Tinggi II,Bakar Saad menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu kira- kira pukul 3.11 petang.

Katanya sebuah jentera dari BBP Pokok Sena yang tiba di lokasi kejadian mendapati telah berlaku kebakaran DB dan bekalan elektrik telah dipotong Tenaga Nasional Berhad.

Kebakaran dapat dikawal beberapa minit kemudian.

Terdahulu, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd dalam kenyataan  memaklumkan sebanyak 65,000 akaun pengguna terjejas bekalan air terawat  apabila LRA Bukit Pinang Fasa 1,2 dan 3  dihentikan tugas operasi 4.30  petang tadi .

Pemberhentian disebabkan litar pintas dan kerosakan  pada sistem dalaman elektrikal pam air mentah.

Dua daerah terjejas iaitu Kota Setar dan Kubang Pasu termasuk bandaraya Alor Setar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE