fb fb fb fb fb

Malaysia sasar tetapkan standard baharu tadbir urus global

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan / Foto RTM

PUTRAJAYA, 9 Mac – Malaysia beraspirasi menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global dengan berasaskan nilai keterangkuman, kepelbagaian, dan perancangan berorientasikan masa hadapan, terutama sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata negara ini komited memperkukuh keutamaan ASEAN dengan rakyat sebagai teras utama.

“Sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, Malaysia mempunyai aspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global dengan menerapkan nilai jangka panjang yang berteraskan keterangkuman, kepelbagaian, dan program berorientasikan masa depan.

“Selaras dengan nilai serta prinsip Malaysia MADANI, negara komited memajukan keutamaan ASEAN dengan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap usaha,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Luar, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN