KUALA LUMPUR, 10 Mac- Sabah merekodkan peningkatan penduduk terjejas banjir iaitu 4,122 orang daripada 1,357 keluarga pada pagi ini berbanding berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga semalam.
Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), seramai 743 penduduk terjejas daripada 276 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Tenom.
Manakala, lima PPS di Beaufort menempatkan 1,339 orang daripada 432 keluarga, lima PPS di Keningau pula menempatkan 1,168 penduduk terjejas daripada 356 keluarga dan dua PPS di Membakut menempatkan 872 orang daripada 293 keluarga.
Sementara itu, di Sarawak merekodkan seramai 352 penduduk terjejas banjir daripada 101 keluarga, kini ditempatkan di empat PPS di Lawas.