fb fb fb fb fb

Kebajikan pekerja swasta perkhidmatan hospital sokongan akan dibela

PUTRAJAYA, 8 Februari - Kebajikan pekerja swasta perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan tetap dibela.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata walaupun pekerja swasta adalah bawah tanggungjawab syarikat konsesi masing-masing, kebajikan mereka adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan.

"Walaupun mereka adalah pekerja di bawah pekerja konsesi, syarikat konsesi itu menerima konsesi dari KKM, jadi kebajikan mereka tanggungjawab kami. Tuntuan yang dibangkitkan yang disebut akan kita lihat secara komprehensif. Saya akan ada perjumpaan dengan syarikat konsesi untuk memahami semua perkara yang telah dibangkitkan,"kata Khairy selepas menerima memorandum daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia di sini..

Tiga perkara dituntut kepada Menteri Kesihatan yang melibatkan pembatalan sistem kontrak serta serap semula pekerja sokongan hospital sebagai kakitangan kerajaan; bayar elaun COVID-19 kepada pekerja sokongan dan menghentikan pemerasan kesatuan.

 

Media Baharu