fb fb fb fb fb

Kebajikan guru KAFA ditambah baik, diberi cuti bersalin berelaun penuh

KUALA LUMPUR, 12 Februari - Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh negara akan menikmati cuti bersalin berelaun penuh selama 60 hari, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan memaklumkan,kemudahan ini akan diberikan sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa.

Ini merupakan penambahbaikan dalam Peraturan KAFA tahun 2022 bagi menjaga kebajikan para guru.

Agensi pelaksana KAFA negeri-negeri telah mula diarahkan berbuat demikian pada 9 Februari lalu.

Sebelum ini cuti bersalin guru-guru KAFA tidak disertakan dengan elaun.

Mulai tahun 2020 tempoh kontrak lantikan guru-guru KAFA adalah tiga tahun berbanding setahun pada tahun-tahun sebelumnya.

 

Media Baharu