fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: PN Johor kemuka 16 calon srikandi untuk dimuktamadkan



JOHOR BAHRU, 12 Februari - Perikatan Nasional (PN) Johor telah mengemukakan 16 calon srikandi membabitkan tiga parti komponen untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU), Dewan Negeri Johor.

Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun berkata senarai nama calon berkenaaan telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan PN untuk dimuktamadkan.

Menurut beliau, jentera wanita PN juga telah bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai isu melibatkan wanita dalam pilihan raya kali ini.

"Banyak isu-isu yang dekat dengan wanita, bagaimana untuk membantu mereka ini untuk bangkit semula dan akhirnya mereka mampu berdikari dan lebih berjaya,"katanya selepas Pelancaran Jentera Wanita PN Negeri Johor, di sini.

Sejumlah 10,000 orang jentera wanita PN berada di seluruh negeri Johor sedia untuk digerakkan dalam PRU Dewan Negeri Johor.

 

Media Baharu