fb fb fb fb fb

Baik pulih 44 rumah terjejas ribut di Ipoh selesai minggu depan




IPOH, 12 Februari- Kerja-kerja pembaikan 44 buah kediaman di Taman Tasek Damai, Ipoh yang terjejas akibat ribut, dijangka selesai minggu depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia dilaksanakan secara tanggungjawab sosial korporat CSR oleh Kinta Properties Sdn Bhd dengan nilai keseluruhan RM40,000.

Proses baik pulih yang bermula hari ini melibatkan kediaman di Jalan Tawas Baru 2 dan Jalan Tawas 12.

"Yang ada setengahnya telah dibaiki oleh tuan rumah kita kemaskan, kita tambah lagi sebab ada yang dibaiki tidak berapa sempurna dan dalam masa sama yang belum tu kita baiki lebih kurang 44 buah rumah yang mana terkesan haritu" kata Rumaizi.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke taman berkenaan.

Dalam kejadian 30 Januari lalu, ratusan rumah di sekitar Ipoh termasuk Taman Tasek Damai terkesan dengan kejadian ribut dan puting beliung.

Media Baharu