SEREMBAN, 22 April- Setiap kali menjelang Syawal, pasti ramai yang rambang mata memilih baju melayu yang sesuai untuk digayakan.
Ada yang gemar dengan gaya fesyen moden, tidak kurang juga lebih selesa menggayakan identiti pakaian tradisional.
Rekaan busana tradisi, baju melayu yang sering digayakan pada Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar untuk tampil bergaya, malah busana itu direka dengan nilai falsafah dan pengertian mendalam yang mengangkat kemuliaan Islam serta ketinggian budaya Melayu.
Seiring dengan peredaran zaman, baju Melayu mengalami evolusi dari masa ke semasa, sehingga mencacatkan nilai estetika baju tradisional itu.
Tukang jahit, Shaari Hasan berkata beliau mengekalkan teknik tenunan tersendiri yang diturunkan secara turun-temurun masih dikekalkan bagi memelihara keaslian identiti baju melayu.
" Satu perkara yang ingin saya tekankan, kalau rekaan baju melayu ni seeloknya ikut yang asli jahitan dan konsepnya.
(Tukang jahit, Shaari Hasan berkata beliau mengekalkan teknik tenunan tersendiri yang diturunkan
secara turun-temurun masih dikekalkan bagi memelihara keaslian identiti baju melayu)
"Pemakaian baju melayu ni ada semangatnya yang tersendiri. kalau dipakai beramai-ramai, berkumpulan contohnya digayakan dengan samping, dan tanjak, akan menyerlahkan satu aura yang mempunyai daya tarikan tersendiri," katanya.
Katanya, pemakaian baju melayu yang diperagakan dengan hiasan diri, songkok, tanjak dan samping membuatkan pemakainya tampak bergaya, segak, dan berwibawa.
"Baju melayu kini cara jahitannya juga lebih ringkas. Potong cara moden. sama macam potongan kemeja tanpa pesak. Tapi jika mengekalkan gaya lama lebih klasik," katanya.
Katanya, rata-rata pelanggannya tidak menafikan keistimewaan identiti baju melayu klasik yang ememangnya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Laporan disediakan wartawan, Ammar Eirfandt Rahmat