fb fb fb fb fb

Waspada sambut raya, elak peningkatan kes COVID-19

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 22 April- Masyarakat perlu berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri ini, khususnya ketika mengadakan kunjungan susulan peningkatan kes COVID-19.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib, meskipun kerajaan mengumumkan tiada sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas yang dilaksana sempena Aidilfitri namun setiap individu dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan kendiri.

Beliau berkata, kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal selamat dalam khalayak ramai, terutama dalam kalangan mereka yang tidak dikenali juga adalah langkah perlindungan terbaik.

(Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib)

"Keadaan COVID-19 sekarang ini memang terdapat peningkatan, tetapi stabul, dan saya lihat dan sy kemasukan pesakit terkawal, kami sentiasa bersiap sedia, kita harap jugak rakyat patuh SOP dan kena juga pastikan semuanya terkawal serta perlukan kerjasaama semua pihak.," katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan raya kepada kakitangan dan pesakit wad pediatrik di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Media Baharu