fb fb fb fb fb

Keadaan Mohd Nizam, stabil

SUNGAI PETANI, 3 Februari- Anggota Bomba Bantuan (PBB) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan yang cedera di pergelangan tangan kiri selepas diterkam seekor beruang semalam dilaporkan stabil.

Ketua BBP Yan Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, kecederaan Mohd Nizam Hamid bertambah baik selepas pembedahan yang dijalankan awal pagi tadi bagi merawat kecederaan pada salur darah tangan kiri beliau berjalan lancar.

Katanya Mohd Nizam, 27, kini masih dalam pemantauan pegawai perubatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Norhamidi berkata demikian menerusi kenyataan selepas melawat anggota berkenaan di HSAH.

Dalam kejadian semalam Mohd Nizam diterkam beruang matahari yang sesat dari Gunung Jerai dalam operasi menangkap hidupan itu di Kampung Selengkoh Tengah, Yan.

(Mohd Nizam Hamid (baring))

Berita berkaitan:
Anggota bomba cedera digigit beruang matahari

Media Baharu