KUANTAN, 19 Disember -Setakat 7.00 petang, bilangan penduduk terjejas banjir di Pahang terus berkurangan kepada 11,660 orang berbanding 12,555 pada petang tadi.
Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 70 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas.
Kuantan kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 10,192 orang daripada 3,398 keluarga masih ditempatkan di 45 PPS di daerah berkenaan.
"Selepas Temerloh, Bera petang tadi menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan satu PPS dibuka. Menjadikan lapan daerah terjejas, termasuk Maran, Rompin, Pekan, Jerantut serta Lipis, " menurut portal berkenaan.