KUALA LUMPUR, 19 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda sembilan negeri sehingga 9.00 malam ini.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), seluruh Pulau Pinang, dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar).
Amaran cuaca sama turut melibatkan Selangor (Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).
Selain itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak iaitu Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau).