fb fb fb fb fb

Ke-13 dalam senarai indeks pemulihan Nikkei, Malaysia di landasan tepat tangani COVID-19

KUALA LUMPUR, 11 Januari - Kedudukan Malaysia di tangga ke-13 berbanding 115 pada Ogos tahun lepas dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menunjukkan negara kini berada di landasan yang tepat dalam menangani pandemik itu.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini juga menunjukkan negara menuju situasi lebih baik dan semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan fizikal lebih longgar.

Beliau berkata usaha baik ini mesti berterusan dan semua pihak tidak boleh cepat berpuas hati.

Hishammuddin juga berkata keutamaan kerajaan ketika ini ialah menurunkan lagi jumlah kes harian, meningkatkan kadar vaksinasi khususnya dos penggalak dan membawa negara ke Fasa Endemik.

"Ia bukan mudah namun kita berkemampuan untuk melaksanakannya," kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 di sini hari ini.

"Dan saya harap bahawa merasa bertanggungjawab mematuhi SOP-SOP yang sedia ada. Akan terus berdisplin orang ramai supaya angka-angka dan juga apa yang kita lakukan selama ini yang dikitriaf di peringkat antarabangsa sebagai satu pendekatan yang tepat, ianya akan menghasilkan keputusan juga apa dia yang kita harapkan pada masa-masa akan datang," katanya.

 

Media Baharu