fb fb fb fb fb

KDN teliti dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad ke Malaysia

(FOTO BERNAMA)

KUANTAN, 18 Oktober- Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang meneliti mengenai dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad yang menculik seorang warga Palestin.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata penelitian menyeluruh dilakukan dan sekiranya dakwaan itu benar, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

Jelas beliau, kerajaan sentiasa meneliti dan memantau setiap dokumen kemasukan rakyat asing ke dalam negara ini dan sekiranya didapati terdapat rakyat asing yang memasuki negara tanpa dokumen sah, tindakan tegas akan diambil.

"Sebenarnya, bila sesiapa sahaja yang masuk ke negara kita ini, mereka mesti ada dokumen yang sah. Jadi, bila kita ada maklumat yang mengatakan ada yang masuk menggunakan dokumen yang tidak sah, kita akan pantau.

Kalau sudah sampai masa untuk kita tangkap mereka, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya," kata Hamzah kepada pemberita RTM ketika mengulas mengenai laporan akhbar tempatan yang mendakwa perisikan Israel telah memasuki negara ini dalam usaha mereka mengesan dan menculik dua lelaki Palestin yang dipercayai sebagai aset briged Hamas Al-Qassam.


(Logo Mossad)

Laporan akhbar terbabit turut mendakwa, ejen perisik berkenaan juga telah menyesuaikan taktik mereka untuk tidak meninggalkan kesan penglibatan mereka, selain dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim zionis memburu anggota Hamas di Malaysia.

Perkara itu terbongkar apabila dua wanita rakyat tempatan ditahan dipercayai terbabit dalam kes penculikan warga Palestin itu, September lalu.

Mereka yang berusia 30 tahun itu dipercayai telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis oleh ejen Mossad sekitar 2018 dan disyaki menjadi dalang kepada rangkaian perisikan Israel di negara ini.

Media Baharu