KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Sokongan kukuh 152 Bahagian Umno mengusulkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui kerajaan jika Barisan Nasional membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan sendirinya menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya UMNO sudah berpecah dan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri ditolak oleh parti itu sendiri.
Bagi penganalisis politik, sokongan tersebut jelas menunjukkan perpaduan dalam parti, ke arah membentuk corak kepimpinan yang terbaik untuk negara.
"Paling penting adalah untuk menghilangkan desas-desus bahawa Datuk Seri Ismail Sabri tidak akan menjadi perdana menteri jikalalu BN menguasai kerajaan persekutuan.
(Prof. Madya Azmi berkata sokongan tersebut jelas menunjukkan perpaduan dalam parti,
ke arah membentuk corak kepimpinan yang terbaik untuk negara)
"Itu naratif yang diberikan, cuba dibayangkan oleh pihak pembangkang demi mengucar-ngacirkan BN. Jadi memang kena pada masanya. Betul juga Presiden UMNO, Datui Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri ialah calon perdana menteri BN, tapi akhirnya keputusan atas budi bicara Agong," kata Geostrategis UTM, Prof. Madya Azmi Hassan
Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis pula berkata apa yang dilihat lebih kepada bagaimana parti itu menawarkan yang terbaik dengan menggembleng seluruh kekuatan kepimpinan UMNO.
"Ini bagi menghasilkan satu kepimpinan yang bukan saja akan memberi manfaat kepada rakyat secara umum tetapi juga yang menerima idea-idea dan masukan serta input daripada pihak lain bagi memastikan UMNO sentiasa relevan dalam arus perkembangan politik negara," tambahnya.
(Mujibu pula berkata apa yang dilihat lebih kepada bagaimana parti itu menawarkan
yang terbaik dengan menggembleng seluruh kekuatan kepimpinan UMNO)