fb fb fb fb fb

PM ucap selamat maju jaya untuk calon SPM 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang memulakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata sudah tiba masanya untuk para pelajar menterjemahkan hasil daripada segala usaha, pengorbanan, malam tanpa tidur, serta doa yang tidak pernah putus selama ini.

"Kekal tenang, yakin pada diri dan teruskan berdoa. Insya-Allah, doa ibu bapa, guru serta seluruh rakyat Malaysia turut bersama mengiringi langkah kalian."

"Moga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah dan anda semua memperoleh keputusan cemerlang," katanya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan peperiksaan SPM 2025 membabitkan 413,372 calon bermula hari ini hingga 23 Disember 2025 di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM