fb fb fb fb fb

450 pelajar cemerlang SPM 2024 Parlimen Bandar Tun Razak dirai

atuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tujuh, kanan) bergambar bersama sebahagian penerima sumbangan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di Institut Latihan DBKL (IDB), Kuala Lumpur hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 November – Seramai 450 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dari Parlimen Bandar Tun Razak diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 yang berlangsung di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, hari ini.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Perdana Menteri berkata penganjuran majlis itu selaras dengan dasar Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara secara menyeluruh.


“Pembangunan modal insan akan terus diberi keutamaan dengan memperkukuh kerjasama strategik antara sekolah, NGO seperti Yayasan MyPrihatin dan agensi kerajaan bagi memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis berkenaan di ibu negara.

Sebagai galakan tambahan, sejumlah RM100,000 turut disumbangkan sebagai pemangkin ke arah kecemerlangan akademik.

Program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dengan kerjasama Yayasan MyPrihatin itu bertujuan meraikan kejayaan pelajar cemerlang SPM 2024, di samping mengiktiraf peranan ibu bapa, guru dan komuniti dalam melahirkan generasi berilmu serta berakhlak tinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE