
KUALA LUMPUR, 5 April -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 1 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Perak: Bagan Datuk dan Hilir Perak.
- Kawasan terlibat di Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat.
- Jelebu di Negeri Sembilan dijangka terjejas; di Sarawak: Kapit (Bukit Mabong, Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Marudi) dan Limbang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat di Perak ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat.
“Amaran sama turut dijangka berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan, manakala di Sarawak, kawasan yang diramalkan terjejas ialah Kapit meliputi Bukit Mabong dan Belaga, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang,” menurut kenyataan itu.