(Foto fail)
PUTRAJAYA, 18 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius laporan media mengenai peningkatan harga runcit ayam.
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata semenjak 5 Februari lalu program mekanisme kawalan harga maksimum bagi ayam dan telur dilaksanakan untuk mengekang peningkatan harga secara mendadak.
Sebagai rujukan kawalan harga maksimum bagi ayam di Semenanjung ditetapkan pada harga RM6 bagi peladang, RM8.10 bagi pemborong dan RM9.04 setiap kilogram bagi peruncit.
Manakala untuk Sarawak harga ditetapkan pada RM6.60 sen, RM8.60 sen dan RM9.80 sen bagi peladang, pemborong dan peruncit.
"Di Sabah harga bagi sekilogram ayam adalah pada RM6.80, RM9.80, RM11 masing masing bagi peladang, pemborong dan peruncit.
Harga Maksimum Musim Perayaan (SHHMP) turut menetapkan harga kawalan bagi telur gred A, di Semenanjung pada harga 39 sen bagi peladang, 42 sen untuk pemborong dan 45 sen peruncit," menurut Azman
Menurut Azman, harga ayam runcit sebenarnya masih bawah harga kawalan maksimum RM9.40 setiap kilogram berdasarkan cerapan harga harian pada 15 Oktober lalu.
Seperti komoditi lain, harga bagi ayam dan telur ayam akan turut terkesan dan mengalami perubahan selaras dengan pergerakan kos input
pengeluaran seperti jagung bijian dan soy bean meal.
Namun, kementerian akan terus komited dalam memastikan harga di setiap rangkaian bekalan tidak melebihi harga maksimum.
KPDNHEP turut memberi amaran kepada semua penjual ayam dan telur supaya sentiasa mematuhi harga maksimum ini dan kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan mereka diambil tindakan bawah akta- akta berkaitan.
(KPDNHEP memberi amaran kepada semua penjual ayam dan telur supaya sentiasa mematuhi
harga maksimum dan kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan mereka diambil tindakan)