fb fb fb fb fb

KDN sedia bekerjasama dengan KPDNHEP perangi ketirisan minyak masak

(Hamzah Zainuddin/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 17 Julai- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam memerangi ketirisan minyak masak di negara ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kerjasama itu penting agar tiada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan barang keperluan yang disediakan untuk rakyat.

"Tapi oleh kerana mereka memohon untuk kita memberikan kerjasama itu tidak menjadi masalah, kita bersedia untuk memberikan kerjasama.

"Sebab yang penting kepada kita adalah rakyat memahami bahawa kita ini ada 'enforcement' yang boleh kita gunakan bukan hanya semata-mata dari segi undang-undang yang tertentu, tetapi semua yang boleh kita akan bantu.

"Sebab saya pun (kementerian) ada program Ops Bantu yang telah kita maklumkan dan kita berikan bantuan kepada rakyat," katanya.

(Gambar hiasan)

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Silaturahim Pendekar bersama Menteri Dalam Negeri, di sini hari ini.

Pada 4 Julai lalu, kerajaan telah mengerahkan pihak penguat kuasa untuk menggempur daripada peringkat kilang pembungkusan hingga ke sempadan negara.

Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan minyak masak paket bersubsidi.

Media Baharu