fb fb fb fb fb

KDN sahkan peguam 1MDB ditahan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis telah menahan bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan Jumaat lepas bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Loo akan membantu siasatan polis dan kerajaan Malaysia dalam kes 1MDB.

"Pada masa sama, melalui peguamnya, Jasmine Loo memaklumkan dia bersedia bekerjasama membantu PDRM dan kerajaan", katanya di sini.

Pada 20 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak dua kereta mewah dan wang berjumlah RM22,600 milik Loo.

Loo dikatakan seorang daripada rakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki selepas melarikan diri dan tidak diketahui keberadaannya sehingga kini.


(Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Media Baharu