fb fb fb fb fb

RM110 juta buat baik pulih dan selenggera rumah tentera

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 12 Julai -Peruntukan sebanyak RM110 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara bangunan uzur dan rumah anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, ia merupakan sebahagian daripada RM200 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baru-baru ini.

"TDM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan terutama Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada ATM.

"Namun, difahamkan sebanyak RM110 juta daripada jumlah itu akan diperuntukkan kepada TDM untuk digunakan bagi memperbaiki dan menambah baik serta menyelenggara rumah-rumah keluarga, bangunan penginapan dan lain-lain (premis) yang dilihat membantu Tentera Darat menaik taraf bangunan usang sedia ada," katanya demikian dalam sidang media selepas hadir Perbarisan Penyerapan Pegawai dan Anggota Sukarela Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa Ke Dalam Angkatan Tetap di Padang Kawad Kem Kementah, di sini hari ini.

Tambah beliau ia dapat meningkatkan moral tentera darat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.


(Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman)

Media Baharu