fb fb fb fb fb

2,474 bekas ahli GISBH sertai program pemulihan akidah MAIS

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 4 Mei - Seramai 2,474 bekas ahli GISB Holdings (GISBH) menyertai program pemulihan akidah kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ini termasuk 1,410 kanak-kanak.

MAIS menyatakan, program 'Insan Rabbani' itu dijalankan mulai 15 Februari lepas hingga Ogos ini membabitkan beberapa fasa.

“Program itu meliputi fasa pemulihan serta fasa pemantapan dan pengukuhan yang masing-masing berjalan selama enam bulan.

“Ia seterusnya diikuti fasa pascapemulihan serta fasa pemantauan dan khidmat sokongan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, MAIS telah melaksanakan Program Pemulihan Akidah bagi kanak-kanak GISBH pada September hingga Disember tahun lepas.

Program Rehabilitasi Sukarela Ahli GISBH turut dianjurkan pada 7 November 2024 hingga 4 Februari tahun ini.

Ia membabitkan tujuh peserta dari Selangor dan 11 peserta dari Johor.

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR