fb fb fb fb fb

Dua beradik lemas: Operasi SAR diteruskan, berdepan cabaran

Operasi SAR berdepan kesukaran susulan arus sungai yang deras, selain faktor cuaca

KUALA KRAI, 4 Mei - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dua beradik Orang Asli yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Kilat di sini, diteruskan hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Zulhilmi Baharudin berkata, ia melibatkan radius 10 kilometer ke arah Sungai Kelantan dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas.

Bagaimanapun, pelaksanaannya berdepan cabaran susulan arus sungai yang deras, selain hujan dan ribut.

"Saya difahamkan, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sudah menyelam dan memang terdapat arus deras yang sangat kuat. Kedua, melibatkan faktor cuacalah," katanya.

Kedua-dua mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di lokasi kejadian, semalam.

Mereka dikenal pasti sebagai Irruwan Rantau, 17 tahun dan Rahidi Rantau, 16 tahun.

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR