fb fb fb fb fb

KDN rampas al-Quran tanpa kelulusan

(Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof menunjukkan 
sebahagian daripada 1,907 naskhah al-Quran dan 2,060 bahan cetak yang dirampas 
menerusi serbuan Ops Mulia/ Foto BERNAMA) 

BUTTERWORTH, 1 Februari - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya merampas 1,907 naskhah al-Quran dan 2,060 bahan cetak mengandungi sebahagian daripada ayat kitab suci yang tidak mendapat kelulusan dari kementerian itu.

Rampasan dibuat menerusi serbuan Ops Mulia di Pulau Pinang dan Selangor.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, kesemua rampasan terbabit dianggarkan bernilai RM160,000 itu tidak mendapat kelulusan KDN menerusi Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencerakan al-Quran (LPPPQ).

Menurutnya, serbuan di Pulau Pinang melibatkan sebuah rumah pangsa di Bukit Mertajam yang dijadikan sebagai stor menyimpan al-Quran terbabit.


(Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof menunjukkan 
sebahagian daripada 1,907 naskhah al-Quran dan 2,060 bahan cetak yang dirampas 
menerusi serbuan Ops Mulia/ Foto BERNAMA) 

Siasatan mendapati kesemua bahan cetak dari Indonesia itu untuk dipasarkan di negara ini dengan memfokuskan perniagaan dalam talian dan bergiat aktif sejak tahun lalu.

Seorang lelaki berusia 40-an yang merupakan penjaga stor terbabit turut diambil keterangan.

"Jadi kita khuatir yang tiada kelulusan ini, kebiasaannya yang kita jumpa ialah ada silap-silap ayat, ada silap dari segi ayat, tanda bacaan dan silap dari segi tajwid dan sebagainya, jadi ini jika diamalkan kita khuatir telah mengelirukan tujuan beribadah melalui pembaca al-Quran oleh umat Islam dalam negara," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan Seksyen 14 (1) akta sama.

Media Baharu