fb fb fb fb fb

Agensi pelancongan manipulasi tiket penerbangan ke tanah suci berdepan tindakan pembatalan lesen

(FOTO FAIL)

KUCHING, 1 Februari - Agensi pelancongan yang didapati terlibat memanipulasi tiket penerbangan umrah akan dibatalkan lesen.

Siasatan mengenainya dilakukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan diketuai Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata timbalannya Khairul Firdaus Akbar Khan yang diarah menyiasat perkara itu sudah menyelesaikan siasatan semalam.

Bagaimanapun beliau belum menerima laporan lengkap daripada hasil siasatan itu dan dijangka mendapatkannya esok.

(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing / FOTO BERNAMA)

"Semalam beliau (Khairul Firdaus) baru selesai menjalankan siasatan itu dan saya perlu menemuinya untuk mendapatkan butiran penuh hasil siasatan itu.

"Kalau esok ada peluang sebelum saya berangkat ke ASEAN Minister Forum di Indonesia, saya akan bertemu beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini.

Media tempatan melaporkan terdapat beberapa syarikat umrah memborong tiket penerbangan ke tanah suci dan menjualnya kembali pada harga tinggi.

Media Baharu