fb fb fb fb fb

Kerajaan mahu usahakan tanah terbiar untuk pertanian moden - Ahmad Maslan

(FOTO FAIL)

SEREMBAN, 1 Februari - Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan (MoF) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata terdapat keperluan mengenai perkara tersebut terutamanya dalam usaha untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin.

(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan / FOTO BERNAMA)

"Ini antara maklum balas dalam sesi Dialog Belanjawan 2023 bersama kerajaan negeri. Kerajaan pusat kini mencari tanah kosong dan terbiar...GLC di bawah kementerian yang mempunyai kewangan mencukupi dapat membangunkan tanah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023, di sini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun serta penjawat awam, pekerja swasta, teknorat, badan bukan kerajaan dan ahli akademik bagi memastikan penyediaan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini lebih menyeluruh.

Tambah Ahmad, Belanjawan 2023 tertumpu kepada usaha untuk menangani isu kos sara hidup dan pekerjaan rakyat, memperkukuh ekonomi negara, melaksanakan reformasi institusi, pengurusan bencana dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Media Baharu