KUALA LUMPUR, 16 Oktober-Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa komited dalam mempertingkatkan inovasi dan teknologi dalam usaha membanteras sindiket membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini dalam fasa akhir memmuktamadkan perolehan sekali gus menaik taraf kemudahan di kaunter pemeriksaan
"Kita sedang dalam proses memuktamadkan perolehan sistem saringan awal penumpang disebut "Advance Passenger Screening System".
Sistem ini membolehkan imigresen membuat saringan awal kepada pengembara yang melakukan perjalanan ke Malaysia.
"Kita juga kini di fasa akhir menaiktaraf Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dilengkapi dengan audio dan visual di kaunter pemeriksaan", katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Seri Takiyuddin mengenai langkah tegas kerajaan dalam menangani sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi 'Counter Setting'.
Tambahnya, sehingga Oktober tahun ini, JIM dan pelbagai agensi penguatkuasa telah berjaya menumpaskan 47 sindiket melibatkan 1,285 tangkapan ahli sindiket dan pendatang asing tanpa izin (PATI).