RANAU, 16 Oktober- 10 pendaki dari Persatuan Wartawan Bahagian Kuching Sarawak (KDJA) berjaya tawan Gunung Kinabalu.
Presiden KDJA Ronnie Teo Teck Wei dalam satu kenyataan berkata, ekspedisi KDJA Nekik Kinabalu edisi keempat itu diadakan untuk mengeratkan persaudaraan pengamal media di Kuching selain memberi peluang kepada mereka yang tidak pernah mendaki gunung itu.
"Ekspedisi yang bermula sejak 2019 itu adalah untuk menyahut cabaran Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk KDJA mencabar kekuatan, stamina dan keazaman ahlinya.
"Peserta ekspedisi kali ini melibatkan pengamal media dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penenrangan Sarawak, CATS FM, The Borneo Post, Utusan Borneo, DayakDaily, TV Sarawak dan New Sarawak Tribune," katanya.
Cohort kali ini turut diiringi pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Wan Abdul Mubin Wan Abdullah bagi membantu dalam perjalanan menuju ke puncak Gunung Kinabalu.
Pasukan itu berjaya mencapai puncak tertinggi di Asia Tenggara itu seawal pukul 5.20 pagi menerusi berjalan sejauh 8.8 kilometer.