fb fb fb fb fb

JMG, JKR laksana kerja pembersihan berhampiran Taman Melawati

Keadaan runtuhan di kawasan perumahan Taman Melawati

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penelitian keselamatan di kawasan runtuhan berhampiran kawasan perumahan Taman Melawati, Ampang Jaya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah meninjau lokasi kejadian dan menyantuni penduduk yang terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS).

Terdapat tujuh daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS itu.

Amirudin turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM500 kepada setiap keluarga yang terjejas.

Semalam tular di media sosial memaparkan dua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dinaiki air secara tiba-tiba.

Banjir kilat melibatkan kedua-dua premis Tabika KEMAS antaranya memaparkan pelajar terpaksa berdiri di atas meja berikutan keadaan luar jangka berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI