fb fb fb fb fb

KDN nafi JPN terlibat dalam penjualan data oleh pihak ketiga

PUTRAJAYA, 18 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan kecurian data peribadi 22 juta penduduk berpunca daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebaliknya pihak bertanggungjawab dipercayai memperoleh data terbabit menerusi pihak ketiga.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, data terbabit bukan milik JPN dan pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung perkara terbabit.

"Memang kita sedang buat siasatan bila kita dapat tengok pula apa yang berlaku, kita tengok banyak benda yang dia dapat tu macam dikumpulkan daripada tempat-tempat lain, yang itu kita akan panggil mereka semua yang terbabit dan akan kita maklumkan tidak lama lagi," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.


(Foto fail)

Terdahulu, sebuah media swasta melaporkan terdapat pelanggaran data milik agensi kerajaan membabitkan JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menjual data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan milik 800,000 individu.

Media Baharu