fb fb fb fb fb

Insiden terjun ke dalam Sungai Kelantan, kerajaan negeri pandang serius

KOTA BHARU, 18 Mei - Kerajaan negeri Kelantan memandang serius dan prihatin berkaitan insiden terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra berikutan ia jarang sekali berlaku sebelum ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan pandangan serta maklumat daripada pihak berkenaan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, sekiranya perlu, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menaikkan dinding jambatan tersebut.


(Lokasi seorang lelaki dipercayai terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra pada 16 Mei lalu)

"Mungkin ada masalah tekanan apa, kita tak tahu jadi kita cuba dapatkan maklumat daripada pihak berkenaan, apa faktor yang boleh jadi macam ini sebab orang mungkin tertekan, cuma kita tengok dulu macam mana kita akan dapatkan pandangan-pandangan daripada semua pihak, kalau kita perlu naikkan dinding mungkin kita akan buat, kita akan bincang dengan JKR," kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan, di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

Menurut Mohd Amar, punca sebenar kejadian terbabit juga akan diambil berat oleh kerajaan negeri bagi langkah mengatasi masalah tersebut.

Media Baharu