fb fb fb fb fb

Fizikal tahanan susut sebelum masuk depoh lagi - Menteri KDN

(Satu klip video memaparkan seorang lelaki yang memperkenalkan
diri sebagai Solomon merayu untuk dibebaskan/Syot layar media sosial)

PUTRAJAYA, 9 Disember -"Keadan fizikal tahanan yang susut bukan sebab ditahan, tapi sudah susut sebelum masuk ke depoh tahanan lagi".

Itu penafian Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan keadaan tahanan dalam depoh Kimanis di Sabah adalah akibat layanan buruk oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah dimaklumkan mengenai keadaan fizikal tahanan terbabit.

"Susut itu bukan sebab ditahan, tetapi sudah susut sebelum masuk lagi (ke depoh tahanan), keadaan fizikal dia yang susut dan lemah tidak berpunca daripada momen dia ditempatkan di pusat tahanan.

"Kita kena tengok subjek yang terlibat, adakah dia mengamalkan gaya hidup sihat atau terlibat aktiviti tidak sihat yang menyebabkan fizikal menjadi susut dan kecil," katanya pada sidang media selepas taklimat pengoperasian JIM bersama pengurusan tertinggi agensi itu, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas video dan gambar yang tular memaparkan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Solomon.

Video berdurasi 90 saat itu merayu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor agar dia dan rakannya dibebaskan secepat mungkin selain mendakwa tidak mempunyai makanan yang cukup.

Media Baharu