fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia alami prestasi tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Jumaat, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah.

Peniaga berkata prestasi bursa tempatan yang bertambah baik itu juga sejajar dengan pasaran serantau utama, dalam keadaan semalaman Wall Street yang positif.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 5.05 mata kepada 1,470.98 daripada 1,465.93 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 1.97 mata lebih tinggi kepada 1,467.90 sebelum bergerak di antara 1,466.76 dengan 1,471.90 sepanjang sesi itu.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 417 berbanding 395, manakala 371 kaunter tidak berubah, 1,072 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.93 bilion unit bernilai RM867.75 juta.


(Foto hiasan)

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata saham Asia mengalami pergerakan lebih tinggi, namun peningkatan penuhnya telah dikekang oleh peningkatan kes COVID-19 dan keraguan terhadap desakan pembukaan semula ekonomi dipengaruhi oleh prestasi aset risiko Asia semasa.

Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.11 peratus kepada 3,239.66; Indeks Nikkei 225 Jepun naik 1.24 peratus kepada 27,916.62 dan Indeks Hang Seng Hong Kong menambah 1.64 peratus kepada 19,769.42.

Pada tengah hari, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.67, Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing menokok lima sen kepada RM8.47 dan RM5.67, manakala TNB melonjak 22 sen kepada RM9.37 dan Public Bank turun satu sen kepada RM4.40.

Antara saham aktif, Sapura Energy naik setengah sen kepada 4.5 sen, Dataprep menokok 1.5 sen kepada 32 sen, PT Resources meningkat 4.5 sen kepada 48 sen, Icon Offshore menambah 1.5 sen kepada 9.5 sen, MQ Technology mendatar pada lima sen dan Borneo Oil turun setengah sen kepada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 40.74 mata kepada 10,565.35; Indeks FBMT 100 naik 38.68 mata kepada 10,267.33; Indeks FBM Emas Syariah menokok 41.97 mata kepada 10,731.24, FBM 70 menambah 62.28 mata kepada 12,901.41 dan FBM ACE meningkat 0.37 mata kepada 5,502.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 42.37 mata kepada 16,462.19; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.45 mata kepada 180.88; Indeks Perladangan turun 34.74 mata kepada 6,698.05 dan Indeks Tenaga menambah 0.88 mata kepada 775.99.- BERNAMA

Media Baharu