fb fb fb fb fb

KDN beri jaminan keselamatan di semua pintu masuk negara

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah

GERIK, 15 April- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara berada pada tahap terkawal, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Perkara itu susulan kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Rakyat juga tidak perlu bimbang kerana agensi keselamatan termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan di semua lokasi bagi mempertingkat kawalan dan penguatkuasaan.

"Saya percaya PDRM sedang menangani isu ni dengan bersungguh-sungguh dan langkah-langkah sebagaimana diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain untuk meningkatkan tahap kawalan di pintu sempadan.

"Saya harap kita beri kepercayaan kepada PDRM untuk menangani isu ini, kerana ini bukan kes pertama yang ditangani," katanya kepada pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu dan Pesara Polis di Perkarangan IPD Pengkalan Hulu, di sini.

Dalam insiden awal pagi semalam, seorang lelaki tempatan bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya namun tersasar dan mengenainya pengawal peribadi wanita tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI