fb fb fb fb fb

KDN arah siasatan pelaku serang, cederakan OCPD Dang Wangi

Foto FB Saifuddin Nasution Ismail

MELAKA, 11 Sept- Kementerian Dalam Negeri mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung insiden Ketua Polis Daerah Dang Wangi yang cedera ketika mengawal protes di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur pagi tadi.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, ini bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen oportunis politik yang sengaja memanipulasi situasi, bertujuan menimbulkan ketegangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Beliau mengecam sekeras-kerasnya tindakan terbabit.

"Mereka dilihat membela tetapi sebenarnya tampil dengan menghasut dan menyebarkan maklumat palsu, selain menimbulkan tomahan dan menyemarakkan kebencian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) di Bandaraya Melaka.

Sehubungan itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution menasihatkan orang ramai agar tidak terperangkap dalam naratif yang dimainkan oleh golongan berkenaan.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello