fb fb fb fb fb

KDN akan laksana kajian kebolehlaksanaan 'Lemon Law'

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Satu kajian kebolehlaksanaan 'Lemon Law' akan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun ini, bagi memperkasakan hak pengguna menuntut tebus rugi sekiranya menerima kenderaan bermotor yang rosak.

Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata, undang-undang sama turut terpakai kepada kenderaan yang gagal mematuhi standard kualiti atau prestasi seperti yang dijanjikan pembekal.

"'Lemon Law' adalah satu undang-undang yang menyediakan hak tebus rugi (redress) kepada pembeli kereta dan barangan pengguna lain untuk mendapatkan remedi terhadap produk yang berulang kali rosak dan gagal memenuhi standard kualiti dan prestasi.

"Antara remedi yang boleh dituntut oleh pengguna atau pembeli bawah Lemon Law ini adalah pembaikan, penggantian, pengurangan harga atau pembayaran balik," kata Armizan menjawab pertanyaan Kepong, Lim Lip Eng mengenai pengenalan 'Lemon Law' di Malaysia, di Dewan Rakyat.

Tambahnya, satu keputusan dasar di peringkat kementerian akan dibuat setelah kajian selesai, selain melaksanakan penambahbaikan rangka kerja perundangan.

TETITIA YUSOFF