
KOTA KINABALU, 5 April – Langkah mitigasi sedang dilaksana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), bagi memastikan hasil pertanian tidak terjejas secara serius berikutan cuaca panas dan fenomena El Nino.
RINGKASAN BERITA AI
- KPKM sentiasa berusaha mengurangkan impak ke paras minimum.
- Langkah yang diambil bertujuan meminimumkan risiko, bukan menghapuskan kesan sepenuhnya.
- Melaksanakan diversifikasi sumber baja dan sediakan stok simpanan penting agar rantaian bekalan tidak terputus.
Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin memaklumkan kementerian sentiasa berusaha mengurangkan impak ke paras minimum.
“Langkah-langkah yang diambil bertujuan meminimumkan risikonya dan bukannya tidak memberi kesan langsung, “katanya selepas merasmikan Jualan Agro Madani di Lintasan Deasoka, di sini.
KPKM juga katanya turut melaksanakan usaha diversifikasi sumber baja serta penyediaan stok simpanan penting, agar rantaian bekalan pertanian tidak terputus.