fb fb fb fb fb

KBS yakin atlet badminton bakal beri saingan terbaik dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022

(Temasya  Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula pada 28 Julai ini)

IPOH, 11 Julai- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin skuad badminton negara dapat meneruskan semangat juang dalam menjulang nama negara pada persaingan akan datang khususnya di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 nanti.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kesemua jaguh badminton negara telah mempamerkan aksi terbaik dalam siri kejohanan Badminton Malaysia Masters dan Terbuka 2022 baru-baru ini.

Beliau berkata meskipun hasrat untuk beraksi di pentas final tidak kesampaian namun tidak bermakna prestasi permainan pemain negara itu merosot.

(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)

"Bagi saya mereka telah menunjukkan persembahan yang baik, meskipun gagal untuk sampai ke peringkat akhir tidak semestinya menyatakan prestasi mereka telah merosot,

"Usaha perlu digiatkan dari semasa ke semasa walaupun mereka menjadi juara dan sekarang mereka perlu membawa nama Malaysia di persaingan seterusnya yang cukup penting di sukan komanwel," katanya selepas menghadiri program Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional negeri Perak di Manjoi, Perak.

"Untuk itu marilah kita bersama mendoakan kejayaan atlet di sana dan saya percaya mereka akan tetap berikan yang terbaik untuk Malaysia," tambah Faizal lagi.

Media Baharu