(Aksi wanita yang bertindak mempersenda agama Islam di sebuah kelab komedi di ibu negara)
IPOH, 11 Julai- Tindakan wanita yang mempersenda agama islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di ibu negara baru-baru ini perlu dijauhi khususnya golongan belia.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kementerian mengutuk perbuatan menghina agama tersebut dan berharap wanita berkenaan dapat bertaubat dan tidak lagi bermain dengan sentimen agama.
"Sebagai manusia sepatutnya perlu ada rasa malu dan meletakkan taraf diri berbeza dengan makhluk ciptaan Allah SWT yang lain yang tidak mempunyai akal,
"Untuk itu, ada perkara yang perlu kita jauhi dan saya amat berharap agar individu yang melakukan perkara itu bertaubat dan tidak menghina agama sendiri. Dalam erti kata lain, jangan menyentuhi sensitivi rakan-rakan yang beragama Islam," kata Faizal.
(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional negeri Perak di Manjoi, Perak.
Tambahnya lagi, golongan belia tidak perlu merusuh tidak tentu hala mengenai perkara itu sebaliknya sentiasa memperbaiki diri sendiri.
Terdahulu, media melaporkan wanita berusia 26 tahun itu telah ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.