fb fb fb fb fb

KBS sokong aktiviti pupuk kesedaran risiko merokok

KUALA LUMPUR, 11 September- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi sokongan penuh terhadap aktiviti-aktiviti yang memupuk kesedaran mengenai risiko merokok.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata sebanyak RM100,000 diperuntuk bagi menganjurkan program berkaitan pengurusan tembakau.

"Memanglah menjadi tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan, bukan sahaja untuk mengasah dan mangasuh belia supaya menjadi pemimpin dan sebagainya.

"Tetapi juga mendidik mereka bersikap dan disiplin serta memberi kesedaran bahawa merokok ini bukan sahaja membebankan negara dan diri mereka dari segi penyakit dan sebagainya," katanya.

(Datuk Seri Ti Lian Ker)

Beliau ditemui pada program larian 'Gegar Run' di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tambah beliau, acara larian terbuka seumpama itu, memberi laluan untuk menyampaikan mesej Anti-Merokok dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak secara tidak rasmi.

Lian Ker turut menyatakan bahawa KBS menyokong penuh Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat menerusi penguatkuasaan Akta Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Media Baharu