fb fb fb fb fb

Jawatankuasa Pilihan Khas tingkat fungsi Dewan Rakyat, Dewan Negara

(FOTO FAIL)

LANGKAWI, 11 September - Fungsi semak dan imbang di Dewan Rakyat serta Dewan Negara sentiasa ditambah baik melalui penambahan jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata penubuhan JKPK di Dewan Rakyat bermula dengan enam jawatankuasa pada 2018 dan kini ditambah menjadi 11.

Beliau berkata, 11 JKPK berasaskan kementerian secara kluster itu akan memberi lebih ruang bagi tujuan perbincangan isu yang boleh dilakukan secara lebih praktikal.

(Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun)

"Sehingga kini, JKPK yang dibentuk berperanan aktif dengan semangat kerjasama dwipartisan antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, melangkaui kepentingan politik.

"Pelaksanaan JKPK memberi impak yang signifikan terhadap mutu perbahasan dewan dan proses penggubalan undang-undang negara," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2022, di sini.

Tambah Azhar, pengurusan setiap JKPK turut ditambah baik melalui pembentukan urus setia tetap bagi memastikan perjalanan prosiding, teratur.

Media Baharu