fb fb fb fb fb

JPA terokai kerjasama awam-swasta dalam bidang kesihatan

(Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Ts Kamel Mohamad ketika
berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 11 September- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneroka kemungkinan mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi perkhidmatan kesihatan tertentu.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, kerjasama itu diyakini dapat meringankan beban ditanggung sistem penjagaan kesihatan awam selain mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Katanya, kerajaan mengambil maklum sumbangan besar pengamal perubatan swasta yang telah banyak membantu memenuhi keperluan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan terutama ketika pandemik.

"Kerajaan mengambil maklum sumbangan besar pengamal perubatan swasta dalam negara yang telah banyak membantu memenuhi keperluan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan terutama ketika pandemik dan hospital swasta turut membantu menguruskan kes COVID-19.

“Kerjasama awam-swasta sedemikian telah menunjukkan peningkatan dan memaksimumkan jangkauan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada penduduk.

(Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj (kiri) menyampaikan Anugerah
Kategori Emas MMA kepada Datuk Dr Kuljit Singh pada Majlis Makan Malam Persatuan Perubatan
Malaysia (MMA) di putrajaya)



“Sebagai mantan Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan yang berpengalaman dengan pelbagai isu dan cabaran dalam sistem kesihatan kita, saya percaya bahawa pendekatan awam-swasta perlu diterokai dengan lebih lanjut,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) ke-62 di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Ts. Kamel Mohamad pada majlis yang turut dihadiri Dr R.Muruga Raj iaitu Presiden baharu MMA.

Mohd Shafiq berkata ketika ini terdapat 8,350 klinik pengamal perubatan swasta, lebih 10,000 pegawai perubatan terlatih dan lebih 220 hospital swasta yang berupaya menjadi kekuatan tambahan bagi melengkapkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di pusat kesihatan awam.

Media Baharu