fb fb fb fb fb

Telco perlu sedia perkhidmatan sama rata meliputi semua kawasan -Annuar

(Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua, kanan) ketika menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
Pengerusi Pusat Ekonomi Digital keluarga Malaysia (PEDi) negeri Sabah Zon 1 dan 4/BERNAMA)

KOTA KINABALU, 11 September- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) di negara ini diminta tidak membuat pembahagian kawasan bagi menawarkan perkhidmatan
disediakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bekata, sebaliknya semua Telco perlu menawarkan perkhidmatan mereka di semuakawasan bagi secara sama rata di semua kawasan.

Katanya, ia boleh dilaksana menerusi konsep perkongsian satu menara yang boleh digunakan oleh setiap Telco.

"Langkah ini penting bagi memastikan semua rakyat di kawasan berkenaan memperoleh kualiti perkhidmatan yang sama rata walaupun melanggan perkhidmatan Telco yang berbeza.

Katanya beliau tidak mahu terjadi situasi sebuah kawasan hanya mempunyai perkhidmatan Telco tertentu sahaja yang mana ini akan merugikan rakyat di kawasan itu kerana mempunyai ruang yang kecil dalam memilih perkhidmatan Telco terbaik.

"Jika satu Telco sudah masuk kawasan itu, Telco yang lain pula tidak mahu masuk dan cari kawasan lain seolah-olah bahagikan kawasan pula, kita tidak mau begitu. Semua Telco perlu ambil tanggungjawab sama masuk semua kawasan," katanya di sini malam ini.

Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Penyerahan Peranti Komuniti Negeri Sabah, di Kota Kinabalu.

Majlis pelancaran dan penyampaian watikah tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Seramai 95 Pengerusi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dari 25 bahagian parlimen di Sabah yang dilantik menerima watikah masing-masing.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama para penerima watikah pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi
Digital Keluarga Malaysia (PEDi)negeri Sabah Zon 1 dan 4/BERNAMA)


Mengulas lanjut, Annuar berkata Telco juga seharusnya memikirkan soal kemanusiaan dalam menyediakan perkhidmatan seperti menyediakan perkhidmatan di kawasan yang jauh bagi menghubungkan keluarga yang tinggal berjauhan atau menghubungkan anggota keselamatan di barisan hadapan dengan orang tersayang.

Katanya penyediaan perkhidmatan telekomunikasi dan internet masa kini bukan hanya melibatkan kesalinghubungan semata-mata, sebaliknya menggunakan sebaiknya perkhidmatan itu bagi memperoleh manfaat sepenuhnya.

Beliau berkata, bukan hanya kesalinghubungan sahaja perlu diberi perhatian, malah penggunaan teknologi dan aplikasi sebagai konsep ekonomi digital perlu bagi meningkatkan tahap hidup.

Media Baharu