KANGAR, 8 Julai- Fasiliti sukan di negeri-negeri diberi perhatian dan keutamaan untuk dinaik taraf oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menyediakan platform untuk belia-belia memanfaatkanya termasuklah sukan permotoran.
Terbaharu, KBS telah meluluskan RM400,000 menaik taraf litar 'motocross' di Sungai Batu Pahat, Kangar dengan menyasarkan pembukaan semula litar berkenaan, sekali gus dapat memperkasa industri sukan permotoran di Perlis.
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, pihaknya juga ketika ini turut meluluskan beberapa fasiliti sukan di Perlis, melibatkan projek naik taraf infrastruktur Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra termasuk pembinaan trek balapan baharu dengan peruntukan RM8 juta.
"KBS hendak bantu, tentu sekali apabila kerajaan negeri angkat cadangan menaik taraf lapangan 'motocross' itu dan membuat lawatan, jabatan telah membuat tinjauan memang terdapat keperluan dan kita harap ini satu peluang baik untuk kita membangunkannya. Perlis mempunyai potensi untuk pelancongan sukan," katanya pada Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Perlis di sini.
(Terbaharu, KBS telah meluluskan RM400,000 menaik taraf litar 'motocross' di Sungai
Batu Pahat, Kangar dengan menyasarkan pembukaan semula litar berkenaan,
sekali gus menjadikannya penjana kepada industri sukan permotoran di Perlis.)