fb fb fb fb fb

KBS komited pastikan belia amal gaya hidup sihat

(Hannah Yeoh pada Program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban)

SEREMBAN, 8 Julai- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam memastikan golongan belia mengamalkan gaya hidup sihat dalam aktiviti seharian mereka.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, 10 gaya hidup baharu diperkenal kementerian adalah bagi menggalak golongan itu berkecimpung dengan aktiviti yang menarik minat mereka.

"Kita kena pastikan rakyat aktif semula. Sebab itu kita kenalkan 10 gaya hidup baru untuk pastikan remaja yang mempunyai minat pelbagai itu ada aktiviti yang boleh mereka terlibat bersama," katanya kepada pemberita selepas Jelajah Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan di sini.

Bagi mencapai hasrat itu, KBS memerlukan kerjasama daripada pihak berkaitan termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam perkara lain, jelas Hannah, penglibatan rakan muda dalam aktiviti yang dianjurkan kementerian itu dilihat semakin menggalakkan.

Sebanyak 10 Gaya Hidup diperkenalkan selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari ini iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.

 (Hannah Yeoh)

Media Baharu